awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor catat kes pembuangan bayi tertinggi - Rohani

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/07/2017
06:10 MYT
Selangor catat kes pembuangan bayi tertinggi - Rohani
Menurut Rohani, sepanjang 2010 hingga Disember 2016, jumlah kes pembuangan bayi adalah sebanyak 697 kes. -Gambar fail
Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan jumlah paling banyak kes pembuangan bayi di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, 157 kes direkodkan di Selangor diikuti Sabah dan Johor masing-masing dengan jumlah kes sebanyak 84 kes, Kuala Lumpur 65 kes, dan Sarawak 49 kes.
Ujarnya, sepanjang 2010 hingga Disember 2016, jumlah kes pembuangan bayi adalah sebanyak 697 kes.
“Pada tahun 2010 sebanyak 91 kes dicatatkan dan tahun 2011 sebanyak 98 kes.
"Pada tahun 2012, jumlah kes telah menurun kepada 89 kes, manakala jumlah kes meningkat semula pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016 iaitu masing-masing mencatat sebanyak 90 kes, 103 kes, 111 kes dan 115 kes,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta menteri menyatakan jumlah kes pembuangan bayi sejak 2010 serta cara kerajaan menentukan kewarganegaraan bayi yang ditemukan.
Jelas Rohani, kementeriannya sentiasa mengambil pelbagai pendekatan bagi mengelak pertambahan kes pembuangan bayi termasuk menyediakan khidmat Baby Hatch.
Kini terdapat lapan buah hospital dan sebuah NGO yang menyediakan khidmat pusat peninggalan bayi berkenaan.
Berdasarkan statistik OrphanCARE, jumlah bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch dalam tempoh tujuh tahun dari 2010 hingga 2016 adalah sebanyak 35 kes.
Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti berikut: Selangor 29 kes, Kuala Lumpur 2 kes, Negeri Sembilan 2 kes, Perak 1 kes dan Pahang 1 kes.
Topic Berkaitan
#baby hatch
#buang bayi
#kes pembuangan bayi
#kewarganegaraan bayi
#pusat peninggalan bayi
#Rohani Abdul Karim
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan