MALAYSIA
Selangor di fasa akhir pindaan Undang-Undang Kecil Hari Tanpa Beg Plastik - Exco

Jamaliah berkata langkah tersebut merupakan antara pendekatan tiga serampang dalam menangani krisis pencemaran plastik secara sistematik dan menyeluruh di Selangor. - Gambar fail
KLANG: Kerajaan Selangor kini berada di fasa akhir proses pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) bagi menyelaraskan pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik secara menyeluruh di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor sedang dalam fasa akhir pindaan Undang-Undang Kecil bagi menyelaraskan pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik di semua 12 PBT, dijangka dikuatkuasakan awal tahun hadapan.
- Usaha bebas plastik diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk NGO, sekolah dan komuniti, serta penggunaan portal lestariselangor.com sebagai platform penyelarasan.
- Jelajah Kempen Bebas Plastik diteruskan dengan acara di Klang dan lokasi seterusnya di Sabak Bernam pada 23 Ogos, menekankan penggunaan bahan mesra alam dan gaya hidup lestari.
Jamaliah berkata kerajaan negeri juga akan terus memberi penekanan kepada usaha memperkukuh perkongsian strategik bersama pelbagai pihak dalam merealisasikan kempen tanpa plastik.
"Sebagai contoh, bersama kita hari ini adalah pelbagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memerangi pencemaran plastik melalui inisiatif kesedaran, inovasi kitar semula, upcycling serta penyediaan alternatif mesra alam, sekali gus menyokong gaya hidup lestari dan bebas plastik," katanya.
Dalam pada itu, Jamaliah berkata kerajaan negeri akan terus memperkasa inisiatif ke arah kehidupan bebas plastik dan mesra alam melalui program di peringkat PBT serta kerjasama dengan sekolah dan institusi pendidikan di Selangor.
"Menyedari ramai pihak di negeri ini yang aktif mengurangkan penggunaan plastik, portal lestariselangor.com yang sedang dikemas kini akan dijadikan sebagai platform bagi menghimpun rakan strategik serta menyelaras penyertaan dalam kempen bebas plastik.
"Melalui platform ini, penganjur seperti PBT dan sekolah boleh bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), syarikat, usahawan sosial dan komuniti tempatan, sekali gus memupuk perkongsian maklumat, idea dan sumber ke arah menjadikan gaya hidup bebas plastik sebagai amalan harian rakyat Selangor," katanya.
Jamaliah berkata Jelajah Kempen Bebas Plastik Siri Kedua yang diadakan di Klang hari ini merupakan kesinambungan program sama yang dimulakan di Sepang pada Mei lalu.
Beliau berkata menerusi kempen itu, semua aktiviti dilaksanakan tanpa penggunaan plastik dan digantikan dengan bahan mesra alam atau boleh diguna semula bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
"Kita akan bergerak ke lokasi seterusnya iaitu di Sabak Bernam pada 23 Ogos depan dengan semangat yang sama, iaitu tekad menghentikan ketagihan plastik, iltizam memperjuangkan alam sekitar yang bersih dan komitmen ke arah kehidupan bebas plastik," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami