SHAH ALAM:Kerajaan Selangor akan melaksanakan saringan komuniti bersasar terhadap penduduk di sekitar Meru, Klang dekat sini Rabu ini, susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di negeri itu melalui Kluster Teratai.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat Pasukan Petugas Khas Selangor bagi COVID-19 semalam, untuk dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.
"Saringan komuniti bersasar di kawasan Meru ini akan dijalankan secara khusus bagi penduduk sekitar Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai.
"Saringan ini akan dijalankan Rabu ini di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, mulai pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang," katanya dalam kenyataan semalam.
Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang di Meru, Klang.
Amirudin berkata orang ramai diminta melakukan prapendaftaran di laman https://screening.selangkah.my bagi melicinkan proses pendaftaran dan keputusan saringan boleh disemak melalui aplikasi SELangkah.
"Ini kali pertama sistem SELangkah akan digunakan untuk pendaftaran dan memuat naik keputusan saringan. Saringan ini juga dijayakan bersama anak syarikat kerajaan negeri, Selcare, Pejabat Kesihatan Daerah Klang serta badan bukan kerajaan, Imam Response and Relief Team," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Saringan komuniti bersasar di kawasan Meru akan dijalankan khusus bagi penduduk sekitar Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai. - Gambar fail

Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham
Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam.

COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 ialah 700 kes.

PKP 2.0: Suami isteri PJJ dibenar rentas negeri bermula esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan PDRM berdekatan sebelum melakukan perjalanan.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24671536751611656353887/1887265_27524278141611657048096_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 26 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kadar kebolehjangkitan negara 1.04 | Ancaman siber
Terengganu catat kadar kebolehjangkitan harian (RT) COVID-19 yang paling tinggi dalam negara iaitu 1.36 setakat Isnin. Selepas terima ancaman pengodam Anonymous Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara keluar notis amaran kepada agensi kerajaan. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

COVID-19: Tiga kematian, kes positif di Sarawak kekal tiga angka
Sarawak melaporkan pertambahan tiga kes kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian di negeri itu meningkat kepada 33 kes.

Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan pergerakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan berkenaan.

PKP penuh? Tunggu pengumuman sebelum 4 Februari - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, pelbagai aspek akan diambil kira khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.

Anggota Polis Marin hadapi 43 pertuduhan rasuah hampir RM150,000
Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Kes COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 1 juta, dengan 13,094 kes positif baharu
Sejumlah 1,012,350 kes COVID-19 dicatatkan di republik itu, sejak kes pertama direkod pada 2 Mac tahun lalu.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin sumbang sebulan gaji, aktifkan semula tabung khas bencana COVID-19
Datuk Seri Amirudin Shari menyumbang gaji sebulan kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana COVID-19.

Selangor umum pakej khas bantu rakyat hadapi PKP 2.0
Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Penularan COVID-19 di hospital: Selangor saring semua petugas di HTAR Klang
Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu.

Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi
Bacaan 0 TON dicapai sebanyak tiga kali setakat awal pagi tadi.

Selangor umum tiga inisiatif bendung COVID-19
Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri.

Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini
Saringan akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.

Selangor peruntuk RM22.47 juta Bantuan Infrastruktur Sekolah
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu diagihkan sejak 2 Nov lalu dan dijangka selesai pada 15 Dis ini.

LRA Rantau Panjang, SSP 1, 2 dan 3 beroperasi semula - Amirudin
Bekalan air dijangka mula diterima oleh pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat.

Belanjawan Selangor 2021: COVID-19 batu loncatan kepada inisiatif digitalisasi
Pandemik COVID-19 disifatkan sebagai batu loncatan dalam usaha menggalakkan inisiatif digitalisasi terutamanya dalam urusan perniagaan.