awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor kenal pasti lokasi bina ladang solar berskala besar

Bernama
Bernama
14/03/2023
06:40 MYT
Selangor kenal pasti lokasi bina ladang solar berskala besar
Hee Loy Sian berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk memasang panel solar di beberapa bangunan tertentu, seperti bangunan kerajaan negeri. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti lokasi untuk membina ladang solar (solar farm) berskala besar, terutamanya di kolam-kolam terbiar di negeri tersebut, bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui dalam usaha menangani isu perubahan iklim.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata selain projek berkenaan, kerajaan negeri juga merancang untuk memasang panel solar di beberapa bangunan tertentu, seperti bangunan kerajaan negeri.
"Kerajaan Selangor juga merancang untuk melaksanakan projek 'waste-to-energy' di Jeram, Kuala Selangor dan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat supaya sampah-sampah yang dibakar boleh menjana tenaga diperbaharui," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa) berkenaan rancangan kerajaan negeri menangani isu perubahan iklim dan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan Selangor menyediakan geran-geran kecil kepada komuniti sebanyak RM20,000 setiap satu dengan peruntukan berjumlah RM2 juta setiap tahun sebagai galakan kepada komuniti menjalankan projek penghijauan kawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Selangor
#ladang solar
#Hee Loy Sian
#tenaga dari sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan