awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor komited seimbangkan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar, warisan - MB

Bernama
Bernama
20/09/2025
14:00 MYT
Selangor komited seimbangkan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar, warisan - MB
Amirudin merasmikan Pesta Pantai 2025 di Pantai Bagan Lalang hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar, budaya dan warisan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2025 di sini hari ini, yang dianjurkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sempena kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
Amirudin berkata penganjuran pesta dua hari itu menjadi bukti kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, swasta dan masyarakat pelbagai kaum, sekali gus mengukuhkan perpaduan selain memberi limpahan ekonomi kepada peniaga kecil dan pengusaha inap desa.
"Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang ini meriah dengan pelbagai aktiviti sukan, acara pantai dan persembahan seni, sekali gus menjadikan daerah Sepang destinasi pelancongan unik di Selangor," katanya.
Beliau berkata Selangor menerima lebih 4.1 juta pelancong setakat Jun 2025 dengan 624,794 daripadanya ke daerah Sepang, membuktikan potensi besar kawasan itu dalam menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.
Amirudin berkata kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif untuk memperkasakan pengusaha sektor pelancongan, dengan tujuan meningkatkan daya saing, kualiti produk dan perkhidmatan, sekali gus merancakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
Beliau berkata perairan pantai sepanjang 291 kilometer di negeri itu merupakan aset berharga dari segi ekosistem marin dan ekonomi yang mesti dijaga daripada pencemaran akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak.
"Keindahan pantai yang kita nikmati hari ini perlu dikekalkan. Tanggungjawab memelihara dan memulihara bukan hanya di bahu kerajaan, tetapi amanah kita semua agar generasi akan datang turut menikmatinya," katanya.
Amirudin turut menghargai usaha MPSepang yang konsisten memastikan Pantai Bagan Lalang sentiasa bersih dan selesa dikunjungi, selain menegaskan sokongan kerajaan negeri terhadap program yang memberi impak positif kepada industri pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#aset berharga
#ekosistem marin
#limpahan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan