SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengutip sebanyak RM392,000 daripada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dikuatkuasakan pada Mac 2021.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.
Menurutnya, kadar warga asing menggunakan perkhidmatan awam itu berdasarkan purata imbasan (ridership) adalah seramai 20,500 orang sebulan.
"Sehingga kini, terdapat 140 Bas Smart Selangor di 44 laluan yang ditetapkan di semua pihak berkuasa tempatan ( PBT) berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Ditanya adakah kerajaan Selangor bercadang menaikkan kadar caj 90 sen kepada warga asing, Sze Han memberitahu, setakat ini tiada cadangan mengenai perkara itu.
"Perkhidmatan awam lain seperti sekolah dan hospital turut mengenakan caj kepada warga asing, jadi kita tidak sepatutnya melihat caj 90 sen ini sebagai satu bentuk diskriminasi kepada mereka (warga asing).
"Keutamaan kerajaan negeri pada masa ini ingin menggalakkan rakyat di negara ini khususnya di Selangor menggunakan pengangkutan awam termasuk Bas Smart Selangor," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023
Purata seramai 20,500 warga asing menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sebulan. Gambar kecil: Sze Han
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
AWANI Ringkas: Wanita sukar keluar daripada garis kemiskinan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'MFL jangan bersikap ego'
Mohd Faizal berkata, penundaan tarikh dibuat atas faktor keselamatan bukan sahaja pengurusan pasukan dan pemain, malah penyokong.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.
Politik kerjasama akan terus jadi tunjang - Loke
Loke berkaata politik kerjasama akan terus menjadi tunjang Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan, seperti mana yang sudah digagaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Mahu tunai haji, ikut saluran betul, dapatkan permit
Mereka yang mahu mengerjakan haji diminta mengikut saluran yang betul dengan memohon permit untuk menunaikan rukun Islam kelima itu atau berdepan penalti 10,000 Riyal dan diusir daripada Arab Saudi.
Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Selangor kutip RM392,000 daripada penumpang warga asing
Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.
Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.
Warga asing guna bas Smart Selangor dikenakan caj 90 sen
Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac ini.