awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2022
23:10 MYT
Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Bas Smart Selangor dipercayai terbabas di Jalan Kuala Selangor Batu 16, Sungai Pelong, pada Sabtu. Gambar kanan, kenyataan Sze Han pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan meneliti laporan penuh kemalangan membabitkan Bas Smart Selangor di Jalan Kuala Selangor Batu 16 Sungai Pelong yang menyebabkan tujuh penumpang cedera.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.
"Sebuah Bas Smart Selangor yang beroperasi di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu, kira-kira jam 8.45 malam.
"Kerajaan negeri Selangor amat menitikberatkan keselamatan pengguna pengangkutan awam khususnya Bas Smart Selangor.
"Penelitian lanjut terhadap kes ini akan dilakukan selepas laporan penuh kejadian diterima," kata Sze Han dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau menambah, penumpang tercedera termasuk dua kanak-kanak terbabit turut dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan susulan pada malam kejadian.
"Kerajaan negeri berharap agar semua mangsa dapat pulih dengan segera," katanya lagi dalam kenyataan sama.
Pada Sabtu, Bas Smart Selangor itu dipercayai terbabas dan nyaris terjunam ke sungai di Jalan Kuala Selangor Batu 16, Sungai Pelong. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bas Smart Selangor
#bas terbabas
#Ng Sze Han
#penumpang bas cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan