NATIONAL
Selangor peruntuk RM6 juta bantu 6,000 jemaah haji melalui insentif haji muassasah

Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM6 juta bagi insentif haji muassasah tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM6 juta bagi insentif haji muassasah tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 6,000 bakal jemaah haji di negeri itu akan menerima manfaat bantuan bernilai RM1,000 seorang yang diharapkan dapat memudahkan perjalanan mereka.
"Sejak dilaksanakan pada 2022, sebanyak 12,000 jemaah muassasah telah dibantu kerajaan Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 manakala 6,000 jemaah tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amirudin berkata bakal jemaah yang mengundi di negeri itu boleh memohon insentif berkenaan bermula pada 22 April hingga 25 Julai di pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing."Untuk memohon, mereka perlu membawa salinan bercetak jadual penerbangan Haji Muassasah Tahun 2025 dengan paparan 'KOD MUAS' dan salinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan bakal jemaah mengundi di Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami