awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor sedia penginapan percuma bagi petugas barisan hadapan

Bernama
Bernama
29/03/2020
20:30 MYT
Selangor sedia penginapan percuma bagi petugas barisan hadapan
Amirudin berkata sebanyak 204 bilik disediakan di Hotel De Palma Ampang manakala 83 unit di Hotel De Palma Shah Alam. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan negeri Selangor menyediakan 287 bilik hotel secara percuma kepada petugas barisan hadapan yang berusaha membendung wabak COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 204 bilik disediakan di Hotel De Palma Ampang manakala 83 unit di Hotel De Palma Shah Alam bagi memenuhi keperluan berkenaan.
"Sebagai permulaan, kerajaan negeri Selangor terlebih dahulu bekerjasama dengan polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Ini adalah hasil kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Penawaran ini akan diperluas kepada kelompok lain yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya juga telah bermesyuarat bersama Pegawai Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor bagi memperhalusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua.
Amirudin berkata kerajaan negeri turut memperluaskan kerjasama dengan pihak hospital swasta yang bersetuju menerima kes bukan pesakit COVID-19 daripada hospital kerajaan.
"Ini hasil perbincangan awal melibatkan anak syarikat kerajaan negeri, SELGATE Corporation bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Hospital
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Menteri Besar
#polis
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan