awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor sedia timbang cadangan henti keluar lesen hiburan keluarga

Bernama
Bernama
27/05/2017
12:54 MYT
Selangor sedia timbang cadangan henti keluar lesen hiburan keluarga
AZMIN: Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan.
Kerajaan Selangor bersedia menimbangkan cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.
"Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam, Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#haram
#hiburan
#keselamatan
#Khalid Abu Bakar
#Menteri Besar
#pelesenan
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan