awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor selaras syarat dikenakan PBT bagi permohonan taska di rumah

Bernama
Bernama
17/03/2023
07:10 MYT
Selangor selaras syarat dikenakan PBT bagi permohonan taska di rumah
Siti Mariah berkata semua taska yang berdaftar di bawah Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 perlu mematuhi syarat ditetapkan dan operasinya tertakluk kepada undang-undang PBT di kawasan masing-masing. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang menyelaras syarat-syarat pendaftaran taska di rumah yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memudahkan pengusaha taska berkenaan meneruskan operasi mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata semua taska yang berdaftar di bawah Akta 308 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 perlu mematuhi syarat yang ditetapkan dan operasinya tertakluk kepada undang-undang PBT di kawasan masing-masing.
Bagaimanapun, pihaknya mendapat aduan bahawa syarat-syarat bagi pengasuh beroperasi di rumah di peringkat PBT berbeza mengikut kawasan dan didapati terlalu ketat.
Susulan itu, katanya satu sesi libat urus bagi isu pendaftaran taska di rumah bersama PBT telah diadakan pada 6 Mac lepas bersama dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membuat semakan semula syarat-syarat berkaitan penyeragaman dan memudahkan urusan permohonan selain menggalakkan pendaftaran para pengusaha taska.
"Rentetan daripada sesi libat urus ini, kita menulis surat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri untuk melanjutkan tempoh setahun untuk pendaftaran taska di rumah yang masih dalam tempoh sah perakuan selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984," katanya menjawab pertanyaan daripada Michelle Ng Mei Sze (DAP-Subang Jaya) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar mengeluarkan taska yang beroperasi di rumah daripada Akta 308 kerana peraturan itu hanya diperuntukkan kepada taska institusi, taska tempat kerja dan taska komuniti.
Sementara itu, Siti Mariah turut mengulas soalan tambahan daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkenaan galakan kerajaan negeri untuk pembinaan taska di ruang pejabat untuk memudahkan ibu bapa yang bekerja di pejabat berkenaan menguruskan anak mereka.
Katanya, beberapa pejabat tidak dibina untuk dilengkapkan dengan kemudahan taska dan sukar untuk memenuhi syarat-syarat yang diberikan oleh PBT, bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
"Selalunya mereka akan gagal di peringkat PBT, malah ada pengusaha taska yang sukar memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT walaupun mereka mendapat geran daripada KPWKM untuk mengubah suai (pejabat)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permohonan taska di rumah
#syarat pendaftaran taska
#pbt
#Siti Mariah Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan