Kerajaan Selangor bersetuju menawarkan RM9.65 bilion bagi mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tawaran dibuat melalui anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid berkata, tawaran berkenaan berdasarkan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 atau Akta 655 yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri berbuat demikian.

Ujarnya, proses pengambilalihan itu akan dilakukan dalam masa dua minggu lagi.

Beliau juga memberi jaminan rakyat Selangor akan terus menikmati 20 meter padu air percuma jika pengambil alihan itu dilaksanakan.

Ujarnya, tawaran berkenaan tidak akan merugikan syarikat berkenaan.

Ini kerana ia mampu memberi pulangan sehingga 12 peratus setahun terhadap pegangan ekuiti.

Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.