KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 merekodkan pertambahan sebanyak 17,150 kes dengan kadar kematian baharu direkodkan sebanyak 160 kes.

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham pada 1 Ogos.

1. Daripada jumlah kes baharu, 745 kes (4.3%) terdiri daripada kategori 3, 4, dan 5.

2. Jumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 kini sebanyak 9,184 termasuk 160 lagi kematian baharu.

3. Kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 195,273 kes.

4. Kebanyakan negeri catat kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Labuan.

5. Selangor menyumbang kadar kematian tertinggi iaitu sebanyak 55 kes daripada jumlah kes kematian baharu hari ini.