SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan menampung subsidi pembelian beras import melalui Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) sehingga akhir tahun ini bagi memastikan bekalan makanan ruji di negeri itu stabil.
Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata beras import itu dibeli dengan harga RM17 bagi setiap lima kilogram (5kg), dan dijual semula kepada rakyat dengan harga RM13 di bawah program Jualan Ehsan Rakyat (JER).
"Baru-baru ini kita ada perbincangan dengan BERNAS, ia bawa masuk beras import tapi kita jual ikut harga beras putih tempatan (BPT), maknanya kita tampunglah (beri subsidi). Kita beli dengan harga RM17 setiap 5kg tapi kita jual RM13 kerana itu harga siling untuk BPT.
"Beras import ini kita bungkuskan semula untuk dijual di bawah program JER iaitu di empat cawangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan jualan bergerak lain sejak minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas program Sesi Pemukiman Banci Pertanian 2024 bersama agensi peringkat Selangor, di sini semalam.
Katanya, walaupun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan makanan ruji itu stabil dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi, namun kerajaan negeri bersedia untuk menampung pembelian subsidi dalam tempoh itu bagi memastikan bekalan benar-benar mencukupi.
Mengenai Banci Pertanian 2024 yang akan dilaksanakan di Selangor bermula Julai hingga September tahun hadapan, Izham berkata sebanyak 60,000 responden terlibat membabitkan individu, syarikat, persatuan dan koperasi.
Katanya, banci itu bagi membolehkan kerajaan negeri mendapatkan data terkini dan komprehensif untuk membuat perancangan bagi pembangunan sektor pertanian memandangkan kali terakhir kajian dilaksanakan adalah pada 2005.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Kata Izham, walaupun KPKM menjangkakan bekalan beras stabil dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi, kerajaan negeri Selangor sedia menampung pembelian subsidi dalam tempoh itu bagi memastikan ia benar-benar mencukupi. - Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Harga beras import turun tampung kekurangan akibat banjir - Mohamad
Kekurangan itu tidak dapat dielakkan kerana penanaman padi merupakan sektor yang paling terjejas akibat banjir.
KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
Subsidi beras import langkah tepat atasi isu harga, bekalan beras - Pengguna Sabah
Pemberian subsidi berita baik untuk pengguna dalam kalangan B40 dan pengusaha makanan, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.
Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import - PM Anwar
Anwar berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.
Bekalan beras agak kelam kabut tapi sudah mula pulih - Mat Sabu
Pembelian panik yang melebihi keperluan bulanan selain trend peralihan pengguna beras putih import kepada beras putih tempatan menjadi punca bekalan sumber makanan rutin itu terjejas di pasaran.