awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor teruskan pemberian vaksin COVID-19, dos penggalak percuma bermula esok

Bernama
Bernama
06/01/2023
12:12 MYT
Selangor teruskan pemberian vaksin COVID-19, dos penggalak percuma bermula esok
Dr Siti Mariah Mahmud berkata rakyat negeri itu yang ingin mendapatkan vaksin tersebut, boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan The KL Clinic yang berhampiran mereka. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan meneruskan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak menerusi Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVAX) secara percuma, bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata rakyat negeri itu yang ingin mendapatkan vaksin tersebut, boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan The KL Clinic yang berhampiran mereka.
Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat secara jumpa terus, namun orang ramai digalakkan untuk membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.
"Vaksin COVID-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa. Manakala dos penggalak diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas, dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.
"Waktu operasi klinik bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang selcare.com," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#dos penggalak percuma
#Program Pemberian Vaksin Covid-19 SelVAX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan