SHAH ALAM: Kerajaan boleh mengambil kaedah melaraskan semula harga siling runcit ayam dan telur mengikut kenaikan serta penurunan harga pasaran komoditi dunia bagi mengatasi masalah bekalan di negara ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu perlu dibuat kerana masalah bekalan tetap berlaku walaupun kerajaan telah membelanjakan RM3.8 bilion subsidi kepada penternak, hanya untuk subsidi ayam dan telur.
Sedangkan katanya, pengeluaran ayam adalah sangat stabil iaitu lebih 100 peratus dan telur pula mencapai sebanyak 110 peratus sehingga industri ayam dan telur Malaysia berjaya mengeksport ke pasaran luar negara pada satu ketika dulu.
“Dahulu, kerajaan tidak pernah membelanjakan sebarang subsidi kepada industri ini kerana Malaysia boleh mencapai kadar sara diri (self-sufficiency rate) yang mencukupi bagi ayam dan telur serta industri tidak pernah mempunyai sebarang masalah.
“Punca kepada masalah bekalan telur dan ayam di negara kita baru-baru ini adalah disebabkan kenaikan harga komoditi dunia, di mana sumber makanan ayam iaitu komoditi jagung dan kacang soya yang diimport telah naik dengan berkali-kali ganda.
“Sebagai solusi jangka masa panjang, saya mencadangkan supaya apabila harga komoditi dunia bagi makanan ayam meningkat lagi, kerajaan boleh mengambil kaedah dengan melaraskan semula harga siling runcit ayam dan telur mengikut kenaikan serta penurunan harga pasaran komoditi dunia,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Bagaimanapun jelas Johari, apabila melaraskan kenaikan harga siling runcit ayam dan telur mengikut harga pasaran, kerajaan perlu menjaga golongan B40 dan pertengahan iaitu M40 yang terjejas akibat pelarasan ini.
Ujar beliau, bantuan yang perlu dibuat adalah dengan memberikan subsidi tunai ayam dan telur melalui 'cash transfer' terus kepada mereka.
“Sudah tentu jumlah subsidi yang diberikan ini juga perlu mengikut penurunan dan kenaikan selaras dengan harga siling runcit yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Impak kepada kaedah pelarasan harga siling runcit dengan mengikut kenaikan dan penurunan harga pasaran bebas komoditi dunia serta sokongan pemberian subsidi terus kepada golongan sasar boleh memberi kesan kepada kestabilan industri secara keseluruhan.
“Syarikat juga boleh berjalan dengan baik dan tidak ditutup, kerajaan boleh mendapatkan cukai hasil daripada keuntungan syarikat disebabkan perkembangan industri yang sihat,” jelasnya.
Tambah Johari, negara juga boleh memperoleh semula kadar 100 peratus 'self-sufficient' dan tidak perlu bergantung kepada bekalan import ayam dan telur.
Impak lain katanya, Malaysia dapat membangun dan mengukuhkan kedudukan sekuriti makanan bagi industri ayam serta telur.
“Secara tidak langsung, kita mampu mengeksport ke pasaran luar negara dan meyakinkan negara pengimport untuk membeli bekalan dari Malaysia,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 25 2023
Johari berkata, langkah itu perlu dibuat kerana masalah bekalan tetap berlaku walaupun kerajaan telah membelanjakan RM3.8 bilion subsidi kepada penternak. - Gambar/ Bernama
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.