awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti sensasi Zarina Anjoulie didenda RM4,000 guna dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2022
08:15 MYT
Selebriti sensasi Zarina Anjoulie didenda RM4,000 guna dadah
Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap artis berusia 34 tahun itu yang dikenali sebagai Anju selepas dia membuat pengakuan bersalah pada Selasa.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman kepada pihak media.
Pendengaran kes Zarina Anjoulie sepatutnya diadakan pada Rabu, namun peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon kepada mahkamah untuk diadakan lebih awal iaitu pada Selasa.
Selain didenda RM4,000, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan jika gagal membayar denda berkenaan dia berdepan hukuman penjara empat bulan.
Bagaimanapun, Zarina Anjoulie telah membayar denda itu.
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan menggunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine pada 29 Jun 2021.
Mengikut pertuduhan, dia menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya juga didapati positif dadah.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Zarina Anjoulie
#ambil dadah
#Mahkamah Majistret Seremban
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan