TUMPAT: Selama 83 tahun hidup tanpa sebarang pengenalan diri, seorang warga emas, Wan Nab Ismail akhirnya sah sebagai warganegara apabila menerima sijil lahir dan kad pengenalan miliknya sendiri hari ini.
Dia tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sebelum ini tidak pernah didaftarkan oleh kedua-dua ibu bapanya kerana mengalami masalah mental berbanding abang dan kakaknya (telah meninggal dunia).
Wan Nab yang kini tinggal bersama anak saudaranya, Zaidah Ismail, 46, di Kampung Laut dekat Palekbang, di sini menerima kad pengenalan dan sijil lahir yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Badrul Hisham Alias dan Pengarah JPN Kelantan Asrehan Ab Razak.
Sementara itu, Ruslin berkata JPN Kelantan sebelum ini melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) telah turun padang bagi mengenal pasti identiti Wan Nab yang sebelum ini tular dalam laman sosial kerana hidup dalam keadaan daif.
Beliau berkata JPN telah menjalankan soal siasat serta mendapatkan laporan daripada pihak berkait termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengenal pasti latar belakang Wan Nab dalam urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan pejabat.
"Program MEKAR merupakan satu program yang bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan yang berisiko terutamanya warga emas, OKU, pesakit terlantar, pesakit mental, pesakit kronik dan mereka yang tiada upaya datang ke JPN.
"Wan Nab selepas ini akan mendapat segala kemudahan berdasarkan kelayakan sebagai warganegara terutamanya bantuan daripada JKM," katanya.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata pihaknya juga akan menyerahkan satu lagi sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada remaja berusia 16 tahun di Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, hari ini.
Katanya, remaja terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen kerana tidak didaftarkan oleh ibu bapa kerana berkahwin di negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022

Wan Nab yang kini tinggal bersama anak saudaranya di Kampung Laut dekat Palekbang, menerima kad pengenalan dan sijil lahirnya hari ini. - Gambar/ Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Warga emas mahu tebus Mercedes Benz rugi hampir RM40,000
Seorang warga emas di Raub kerugian RM39,750 selepas diperdaya sindiket penipuan Love Scam.

Warga emas dakwa dikasari kini disiasat halang penjawat awam
Seorang warga emas yang didakwa dikasari oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan semasa operasi menangkap anjing liar kini disiasat kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy
Kajian semakan bagi menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menangani isu pengemis dijangka selesai September ini, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut turut mengadakan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik
Malaysia berdepan kekurangan pakar yang kritikal dalam bidang geriatrik iaitu rawatan dan perubatan kesihatan berkaitan golongan warga emas.

Lelaki pukul warga emas selepas kemalangan ditahan
Suspek menumbuk pipi kanan selain menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.

Pengawal keselamatan meninggal dunia selepas sehari dirawat
Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

Warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Paya Keladi
Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.