awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas kejayaan edisi pertama, PEKEMA anjur lagi larian amal Go Green Charity Run

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2025
15:04 MYT
Selepas kejayaan edisi pertama, PEKEMA anjur lagi larian amal Go Green Charity Run
Istimewa dalam edisi kali ini, PEKEMA menyalurkan sumbangan khas kepada 10 bekas atlet negara, termasuk atlet para. - Foto PEKEMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) sekali lagi menganjurkan acara larian amal, Go Green Charity Run 2025, yang memasuki edisi kedua.
Acara itu, yang berlangsung di Wisma Yayasan PEKEMA di Cyberjaya diteruskan bagi mempromosikan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar serta solidariti komuniti melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
PEKEMA dalam kenyataan memaklumkan, istimewa dalam edisi kali ini, persatuan itu menyalurkan sumbangan khas kepada 10 bekas atlet negara, termasuk atlet para.
“Ia sebagai penghargaan terhadap jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada Maahad Tahfiz Miftahul Ulum dan Madrasah Quran Darussalamah sebagai sebahagian daripada komitmen sosial acara berkenaan,” katanya hari ini.
Sementara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, menzahirkan penghargaan kepada Dewan Muda PEKEMA (DMP) atas kejayaan penganjuran tahun ini.
“Sambutan luar biasa tahun lalu memberi motivasi kepada kami.
“Kali ini, kami tampil dengan penghargaan kepada bekas atlet, sekali gus memperkukuh komitmen dalam aspek kelestarian dan kebajikan komuniti,” katanya.
Ketua DMP, Nik Irfan Nik Izani pula berkata penyertaan anak muda memainkan peranan penting dalam membentuk kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dan kehidupan hijau.
Dalam masa sama, PEKEMA menambah dengan sambutan positif dua tahun berturut-turut, pihaknya yakin Go Green Charity Run akan terus menjadi acara tahunan yang memperkukuh jaringan strategik antara komuniti, kerajaan dan industri dalam membina negara yang lebih lestari serta inklusif.
Topic Berkaitan
#Go Green Charity Run
#gaya hidup sihat
#Larian kebajikan PEKEMA
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan