KOTA BELUD: Pesawah di jelapang padi di sini meminta supaya kerajaan menyelesaikan isu sistem saliran dan perparitan di kawasan mereka sebelum menyalurkan sebarang bantuan pemerkasaan penanaman padi.
Pesawah di jelapang padi seluas 7,000 hektar itu menyatakan masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabkan kawasan berkenaan sering kali dilanda banjir manakala ketika di luar musim hujan, sawah menjadi kering kerana air tidak dapat disalurkan ke situ.
Seorang pesawah di Kampung Tampasuk 1 Johneysius Sinson, 41, berkata pada tahun ini dia berhasrat untuk menanam padi di sawahnya seluas 2.02 hektar di jelapang itu, namun bimbang tanaman berkenaan kelak rosak seperti sebelum ini disebabkan masalah itu.
"Sudah dua tahun saya tidak tanam padi kerana tanaman sebelum ini sering kali rosak akibat banjir. Kita penat bekerja tetapi akhirnya kita sendiri yang rugi.
"Sepatutnya padi boleh ditanam dua kali setahun, tetapi disebabkan cuaca yang tidak menentu... nak tanam sekali setahun pun susah, harap kerajaan dapat bantu untuk saya cuba tanam tahun ini," katanya yang ditemui di sawahnya.
Johneysius berpendapat masalah banjir di jelapang padi itu dapat dikurangkan sekiranya penyelenggaraan sungai dan sistem pengairan sawah dapat dilaksanakan dengan baik, justeru kerajaan diharap dapat menyalurkan bantuan untuk penyelenggaraan infrastruktur sawah terlebih dahulu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa lepas dilaporkan berkata inisiatif "Gelombang Padi" digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.
Selain memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS), inisiatif itu turut meliputi memulih dan membangunkan kawasan tanah jerlus, memperkasakan pembekalan input pertanian serta memperkasakan penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak dengan menyediakan peruntukan bagi pembekalan input pertanian.
Seorang lagi pesawah di Kampung Tampasuk 2, Main Gandilau, 63, berkata dia mengusahakan sawah seluas 3.23 hektar di jelapang itu, namun setiap kali banjir melanda akibat kegagalan sistem saliran dan perparitan, padi ditanamnya rosak sekali gus menyebabkan kerugian besar kepadanya.
"Bila banjir, hanya tiga ekar (1.21 hektar) kawasan tanaman dapat dituai dengan sempurna, memang rugi besar kerana satu ekar selalunya saya dapat tuai 2,500 kilogram padi. Bila tanam penuh (3.23 hektar) tetapi lima ekar kawasan tidak dapat dituai, saya rugi sampai 12,500 kilogram," katanya.
Menurut Main, meskipun terdapat bantuan diberikan oleh kerajaan, namun ia tidak dapat mengatasi isu berkenaan dengan berkesan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambatuon Wolbote@Bott Saringan, 50, berkata sistem pengairan utama ke sawah di kampung berkenaan kerap kali rosak apabila berlaku banjir besar.
"Hal ini mengakibatkan tanaman padi tidak ada sumber air hingga menyebabkan tanaman rosak. Apabila sistem pengairan utama berkenaan rosak, penduduk kampung akan bergotong-royong melakukan pembaikian, namun kerosakan akan berulang setiap kali berlakunya banjir," katanya.
Wolbote berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan untuk membina sistem saliran dan perparitan konkrit kerana ia tidak mudah rosak.
Beliau berkata Kampung Tambatuon mempunyai kawasan penanaman padi seluas 20.2 hektar dan merupakan satu-satunya pengeluar beras organik atau beras wangi keladi yang bernilai tinggi.
"Pada masa ini tanaman padi hanya dapat diusahakan sekali setahun, jika sistem pengairan diselesaikan dengan baik sebelum memberikan apa-apa bantuan tanaman padi, saya percaya padi dapat ditanam dua kali setahun," katanya.
Pada 2020 pesawah di jelapang padi Kota Belud kerugian kira-kira RM29 juta apabila hampir keseluruhan kawasan tanaman seluas kira-kira 7,000 hektar itu terjejas teruk akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Pesawah berkata, masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabkan kawasan berkenaan sering kali dilanda banjir. - Gambar hiasan
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi
Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
Sarawak sediakan 150,000 hektar bagi pengeluaran beras - Abang Johari
Projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta.
202 hektar sawah di Selangor akan 'tiru' kaedah penanaman di Sekinchan - Exco
Penanaman di sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam itu merupakan permulaan bagi menghasilkan makanan ruji negara yang berimpak tinggi.
Selesaikan isu saliran, perparitan sebelum salur bantuan padi - Pesawah Sabah
Pesawah di jelapang padi di Sabah meminta supaya kerajaan menyelesaikan isu sistem saliran dan perparitan di kawasan mereka sebelum menyalurkan sebarang bantuan pemerkasaan penanaman padi.
Karnival D'Bendang jadi platform promosi agro-pelancongan di Sungai Rambai
Lokasi dan tarikan di kawasan itu sangat cantik dan berpotensi untuk menarik pelancong mengalami suasana kampung dalam kawasan sawah padi.
Buruh maut ketika tarik mesin padi
Seorang lelaki maut akibat terkena libasan besi penyangkut ketika melakukan kerja menarik keluar mesin padi yang tersangkut dalam sawah di Kangar.
2,325 hektar sawah di Kedah, Perlis berisiko alami tanah jerlus - Mada
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) mengenal pasti kawasan sawah seluas 2,325 hektar di Kedah dan Perlis berpotensi mengalami masalah tanah jerlus yang menjejaskan pengeluaran padi.
Kemarau: Langkah jangka panjang atasi masalah penyusutan air Tasik Bukit Merah
Penduduk sekitar Bagan Serai menyifatkan keadaan air Tasik Bukit Merah yang surut ketika ini paling teruk pernah berlaku.
Ban pecah: 13,350 hektar sawah padi terjejas, beri kesan keselamatan makanan - MB Kedah
Situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan air tidak dapat disalirkan ke kawasan sawah padi yang tertentu terutama ketika musim menanam.
PeSAWAH serah memorandum di Parlimen, senaraikan 14 saranan untuk kerajaan
Seramai 40 orang petani dari Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor menghantar memorandum tersebut yang diketuai Pengerusinya, Muhammad Fuad Yaacob.