awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana KKLW: Seorang lagi adik bekas menteri Persekutuan direman

Bernama
Bernama
18/10/2017
04:34 MYT
Seleweng dana KKLW: Seorang lagi adik bekas menteri Persekutuan direman
Adik kepada bekas menteri Persekutuan direman empat hari bermula hari ini. - Gambar hiasan.
Seorang lagi adik bekas menteri Persekutuan direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.
Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki bergelar 'Datuk' berkenaan sehingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Lelaki berusia 57 tahun yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam antara sembilan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.
Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adik pemimpin pembangkang
#KKLW
#reman
#Seleweng dana KKLW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan