awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng Dana KKLW: Tiga pemimpin parti politik dibebaskan

Bernama
Bernama
17/10/2017
05:43 MYT
Seleweng Dana KKLW: Tiga pemimpin parti politik dibebaskan
Tiga pemimpin dari dua parti politik dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Gambar hiasan.
Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan ketiga-tiga lelaki yang merupakan pemimpin daripada dua parti politik, masing-masing dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua daripada individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan deposit RM30,000 dan dua orang penjamin.
Seorang lagi individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Sebelum ini, kesemua individu itu ditahan reman selama lima hari sejak Selasa lepas sebelum disambung tiga hari mulai Ahad lalu.
Kesemua mereka antara lapan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.
Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
#Seleweng dana KKLW
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan