awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selisih faham gara-gara tegur anak jiran main bola

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
04:30 MYT
Selisih faham gara-gara tegur anak jiran main bola
Kedua-dua lelaki berkenaan telah dirakam keterangan dan bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan itu secara baik. - Foto media sosial
KLANG: Berang kerana anaknya ditegur, seorang lelaki cuba mendapatkan perjelasan dari jirannya sebelum berlaku pertikaman lidah antara mereka dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sultan Suleiman di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kejadian berkenaan selepas ia tular di media sosial pada Khamis.
"Polis telah menerima laporan dari kedua belah pihak dan mereka telah dipanggil serta dirakam keterangan.
"Kejadian berpunca daripada pihak pertama yang menegur anak pihak kedua kerana bermain bola di padang berhampiran rumahnya sehingga mengenainya bumbung rumahnya dan mengakibatkan sedikit kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, bagaimanapun kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan baik.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (TTL).
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pertikaman lida
#video tular
#Vijaya Rao Samachulu
#perselisihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan