awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup 12 ekor lembu guna perahu

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2022
04:28 MYT
Seludup 12 ekor lembu guna perahu
PGA Batalion 9 Kuala Terengganu mematahkan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu yang dibawa masuk secara haram menggunakan perahu. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu yang dibawa masuk secara haram ke negara ini menggunakan perahu dengan menelusuri Sungai Golok pada Sabtu.
Rampasan lembu itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu yang melakukan penugasan Op Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada jam 11 malam.
Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai rampasan keseluruhan lembu-lembu seludup dalam serbuan di kawasan semak berhampiran Sungai Tok Rusa, Meranti di sini itu dianggarkan berjumlah RM67,200.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Batalion 9 membuat intipan di kawasan serbuan dan melihat pergerakan perahu membawa lembu diseludup dari negara jiran ke Malaysia melalui bawah jambatan Jalan Kasban Sungai Tok Rusa yang bersambung dengan Sungai Golok," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, sebaik sahaja perahu itu berhenti kelihatan beberapa orang lelaki menarik lembu keluar dari dalam perahu ke atas darat.
Beliau berkata, sejurus menyedari kehadiran pengadu bersama anggota, beberapa lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu bagi mengelakkan daripada dicekup.
Azhari berkata, pemeriksaan menemui 12 ekor lembu di lokasi serbuan.
"Kita tidak menolak kemungkinan lembu-lembu ini dibawa masuk untuk memenuhi permintaan sepanjang bulan Ramadan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#seludup lembu
#seludup guna perahu
#Sungai Golok
#Batalion 9 PGA Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan