PUTRAJAYA: Kementerian Luar (KLN) memberi perhatian serius dan memantau rapat kes yang melibatkan rakyat Malaysia menyeludup emas ke Bangladesh.
Kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan telah menerima memorandum daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang memohon kerajaan Malaysia untuk membantu tiga warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup (maksimum 30 tahun) atas kesalahan menyeludup 45 kilogram emas ke Bangladesh pada 2015.
Ketiga-tiga mereka telah melalui proses mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada 2018.
Selain mereka, terdapat tiga lagi warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara di Bangladesh atas kesalahan yang sama, menurut kenyataan itu.
Kesalahan penyeludupan emas di Bangladesh merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman mati.
"Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh telah mengadakan siri-siri pertemuan dengan tahanan warganegara Malaysia tersebut untuk menghulurkan bantuan konsular dan mengadakan perbincangan dengan pihak peguam yang dilantik dalam usaha membantu mereka sewajarnya.
"Selain itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dalam mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa Bangladesh termasuk melalui pertemuan peringkat tinggi dengan pihak kerajaan negara itu ke arah membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kes ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar turut menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di negara asing untuk sentiasa peka dan menghormati undang-undang negara berkenaan serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Kesalahan penyeludupan emas di Bangladesh merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman mati. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pihak berkuasa Chennai gagalkan cubaan seludup 740 gram emas penumpang Malaysia
Wanita itu dilaporkan tiba dari Malaysia pada Selasa dengan menaiki penerbangan Indigo.
Seludup 45kg emas, KLN sah 3 rakyat Malaysia dihukum penjara seumur hidup di Bangladesh
Kementerian Luar (KLN) memberi perhatian serius dan memantau rapat kes yang melibatkan rakyat Malaysia menyeludup emas ke Bangladesh.