awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober

Bernama
Bernama
06/08/2021
10:01 MYT
Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober
Pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT).
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Noraini berkata pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Dengan usaha ini, lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Noraini berkata langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan IPT (PEMULIH IPT) yang sedang dirangka oleh kementerian itu.
"Dalam PEMULIH IPT, beberapa strategi dan SOP (prosedur operasi standard) sedang diperincikan bagi menentukan keadaan mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri, dalam kelompok yang telah divaksin," katanya.
Noraini berkata KPT juga sedang memperhalusi langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan virus COVID-19 di IPT.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Kementerian Pengajian Tinggi
#KPT
#Institusi Pengajian Tinggi
#IPT
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan