MALAYSIA
Semak Fakta: Polis nafi laksana PKPD di kawasan Felda Jengka 17

Polis Maran hanya melaksanakan PKKL dengan penekanan terhadap pemantauan secara menyeluruh di kawasan Felda Jengka 17.
Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Pahang menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Felda Jengka 17.
Kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyebut, polis sebaliknya hanya melaksanakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) dengan penekanan terhadap pemantauan secara menyeluruh di kawasan berkenaan.
PKKL mula dilaksanakan sejak 8 April lalu berikutan terdapat satu kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.
Pemantauan PKKL di kawasan itu akan terus dilaksanakan sehingga 24 April depan membabitkan 2,400 penduduk daripada 577 rumah.
Pada masa yang sama, polis akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan ke atas semua penduduk yang berada di kawasan Jengka 17.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami