Berikutan kenyataan Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saiful Redza Mohamed, yang berkata beberapa majikan akan menyemak akaun Facebook calon pekerja sebelum membuat tawaran pekerjaan, Astro AWANI telah melakukan satu tinjauan.

Undian atas talian telah diadakan di laman sesawang dan akaun Twitter @501Awani untuk mendapatkan respon netizen melalui soalan:

Kandungan media sosial mencerminkan karakter sebenar seseorang dan perlu dipertimbangkan oleh bakal majikan sebelum mengambil pekerja. Setuju atau tidak?

1. Perlukah media sosial dijadikan alat pengukur personaliti dan bakat seseorang?

2. Secara keseluruhan, seramai 776 undian diterima di laman sesawang dan 7000 undian di Twitter bagi kedua-dua soalan tersebut.

Bagi soalan pertama di laman sesawang, seramai 434 orang mengambil bahagian, dengan 65.4 peratus tidak bersetuju dan 34.6 peratus bersetuju.

Bagi soalan kedua pula, sebanyak 338 undian diterima; sebanyak 69.3 peratus tidak bersetuju bahawa media sosial perlu dijadikan alat pengukur personaliti dan bakat seseorang.

Undian di Twitter juga tidak banyak berbeza 65 peratus tidak bersetuju dan 35 peratus bersetuju bagi soalan pertama.75 peratus tidak bersetuju dan 25 peratus bersetuju bagi soalan kedua.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa media sosial merupakan satu perkara yang privasi dan majikan tidak sepatutnya menjadi ia sebagai alat pengukur personaliti seseorang.

Malah, ada yang berkata ia sering digunakan untuk meluahkan perasaan seseorang. Gembira, marah ataupun sedih, media sosial adalah tempat orang kerap luah perasaan.

Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat sikap tanggungjawab itu penting walaupun ketika menggunakan media sosial, jadi ia wajar untuk majikan menyemak akaun media sosial seseorang.

xxx

poll 2