PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini, beliau berkata selain itu, semua seksyen di bawah akta itu juga wajar disemak semula dari pelbagai aspek.
"Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa, itulah denda maksimum yang boleh dikenakan tetapi dalam konteks undang-undang kami akan menyemak semula dari semasa ke semasa," katanya ketika mengulas mengenai hukuman denda yang diperuntukkan di bawah Seksyen 26(2) APJ yang dikatakan terlalu ringan.
Seksyen 26(2) di bawah APJ itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Antara kejadian membabitkan pemandu bawah umur termasuk kes terbaharu yang berlaku Ahad lepas di Pulau Pinang dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya sebelum terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan dua kematian di atas Jambatan Pulau Pinang.
Ditanya jika tindakan akan diambil terhadap ibu bapa pemandu di bawah umur dalam kejadian berkenaan, beliau berkata pihaknya tidak dapat bertindak melebihi undang-undang sedia ada.
"Mana-mana peruntukan undang-undang yang kami boleh gunakan, adalah di bawah akta semasa. Kami tidak boleh melangkauinya. Jadi, apabila kami melakukan semakan semula, sudah tentu kami akan melihat aspek lain yang perlu dimasukkan ke dalam undang-undang," katanya.
Tanpa menetapkan tempoh bagi membuat semakan akta itu, Loke bagaimanapun berkata MOT akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi penambahbaikan APJ.
Sementara itu ketika mengulas mengenai insiden perkhidmatan transit laju massa (MRT) laluan Putrajaya yang mengalami kelewatan jadual perjalanan pada 5.49 petang semalam akibat gangguan bekalan kuasa elektrik di antara Stesen Conlay dan Stesen Chan Sow Lin yang menyebabkan dua tren tidak dapat bergerak, Loke berkata ia tidak sepatutnya berlaku.
"Saya amat berdukacita atas perkara ini kerana laluan ini dibuka tidak sampai setahun pun," katanya. MRT laluan Putrajaya mula beroperasi pada 16 Mac lepas
Susulan itu, Loke berkata beliau telah meminta Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) untuk menyediakan laporan penuh kepada kementerian di dalam mesyuarat pasca-Kabinet kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bercakap kepada pemberita selepas majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Bernama
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet
Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
AWANI Ringkas: Amang seksual terhadap anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight : 13th May 2024
#AWANITonight with Cynthia Ng
- KKB polls: What led to low youth turnout?
- S'pore incoming PM Wong appoints new deputy in reshuffle
#AWANIenglish #AWANInews
- KKB polls: What led to low youth turnout?
- S'pore incoming PM Wong appoints new deputy in reshuffle
#AWANIenglish #AWANInews
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Poliklinik ATM pertama di Pahang beroperasi tahun depan
Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama di negeri ini bakal beroperasi tahun depan berhampiran Kem Batu 10 di sini, yang akan memanfaatkan 16,000 anggota termasuk keluarga.
AWANI Tonight: India election enters fourth phase, 177 mil set to vote
The fourth phase of India’s seven-week-long election is currently underway, with more than 177 million voters eligible to vote across 96 constituencies.
AWANI Tonight: KKB by-election - Analysing voting patterns, low youth turnout
Political analyst from Ilham Centre, Mujibu Abd Muis sheds light on the voting patterns of the recent Kuala Kubu Bahru (KKB) by-election, which saw a low voter turnout among the youth.
AWANI Tonight: Online booking for Mt. Fuji trail to be introduced
Japan will launch an online booking system for Mount Fuji’s most popular trail in a bid to tackle over tourism on the active volcano, as well as limiting the number of daily hikers to 4,000.
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.