awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/05/2024
14:16 MYT
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Amiri Diwan hari ini. - Foto BERNAMA
DOHA: Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata persefahaman itu dicapai ketika beliau mengadap Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan kemudiannya dibincangkan secara mendalam lagi ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.
Perdana Menteri berkata turut dibincangkan semasa pertemuan dengan Sheikh Tamim adalah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi yang kemudiannya dibincangkan dengan lebih lanjut semasa bertemu dengan Sheikh Mohammed, yang juga merupakan Menteri Luar Negeri Qatar.
"Kami berdua sepakat dan bersependapat bahawa kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara perlu terus dipertingkat dalam tahun-tahun yang mendatang," kata beliau menerusi satu hantaran di laman X rasminya, hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan rasmi beliau ke Qatar yang merupakan atas jemputan Sheikh Tamim, turut terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik yang telahpun mencecah 50 tahun.
"Delegasi Malaysia kemudiannya diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed.
"Semoga ikatan persahabatan antara Malaysia dan Qatar akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah," kata beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri diraikan dalam satu sambutan rasmi dan jamuan makan tengah hari di Amiri Diwan, yang merupakan dewan pemerintahan Qatar, sempena lawatan sulung beliau ke negara itu.
Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit menghadap Sheikh Tamim, yang disusuli kemudiannya pertemuan dengan Sheikh Mohammed.
Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Qatar mencecah RM4.2 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Qatar
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan