awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dodgers halang ejen imigresen masuk stadium LA di tengah protes antipenguatkuasaan
DUNIA
Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik
DUNIA
Ketua Nuklear PPB beri amaran serangan Israel ke atas loji Bushehr Iran boleh cetus bencana serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
20/06/2025
20:45 MYT
Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA
Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan mulai 1 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian subsidi bersasar dua peringkat khusus kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan impak semakan terhadap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dikuatkuasakan.

Ringkasan AI
  • Golongan M40 yang sering terpinggir dicadangkan menerima subsidi atau rebat cukai bersasar bagi mengurangkan kesan peluasan SST dan memastikan mereka tidak terhimpit secara ekonomi.Kerajaan perlu meluaskan skop cukai kerana nisbah cukai kepada KDNK Malaysia antara yang terendah di dunia, dan hasil cukai ini akan digunakan semula untuk program pembangunan dan kebajikan rakyat.Walaupun cukai mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat, hasilnya disalurkan semula dalam bentuk manfaat seperti pendidikan percuma dan program sosial, yang memberi kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhan.

Setiausaha Agung Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Dr. Mohd Fairuz Abdul Razak berkata, mekanisme ini juga adalah untuk memastikan kelas pertengahan yang sering terabai tidak terhimpit dengan impak kenaikan harga barangan.
“Golongan pertengahan M40 yang sering dipinggirkan oleh kerajaan. Pada masa yang sama mereka tidak boleh naik taraf ke kelas lebih tinggi, dan tidak boleh turun ke kelas lebih rendah. Tersepit seperti sandwic.
“Saya cadangkan beri subsidi bersasar secara dua lapis; B40 dan M40. Pilihan lain, beri rebat cukai bersasar kepada mereka ini. Dengan cara ini, pada akhir tahun mereka akan dapat lebih tunai di tangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA
Dalam temu bual yang sama, penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ida Md Yasin pula berpandangan, rakyat perlu bersikap optimistik terhadap langkah kerajaan meluaskan skop SST dengan mengambil kira manfaat jangka panjang kepada program pro-rakyat.
“Apabila kerajaan pungut cukai, sebagai pengguna kita akan kurang duit. Tetapi kerajaan akan pulangkan dalam bentuk lain – pembangunan ekonomi, program sosial dan sebagainya.
“Contohnya, anak-anak di sekolah dapat buku teks percuma. Saya ingat, 30 tahun yang lalu, tidak semua dapat buku percuma.
“Sekarang semua murid sekolah kerajaan dapat buku percuma. Ini satu perbelanjaan kerajaan. Kita dapat manfaat itu, tetapi kita tidak perasan mungkin,” jelasnya.
Untuk konteks, pada 9 Jun lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan secara bersasar berkuat kuasa 1 Julai ini, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober 2024.
Kenyataan itu disusuli dengan penjelasan lanjut oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada Khamis, yang memberitahu Malaysia mempunyai nisbah cukai kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara terendah di dunia iaitu sekitar 12 peratus.
Menurutnya, ini bermakna peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelangsungan fiskal negara, ia seterusnya digunakan semula untuk program pro-rakyat.
Dialog Poket Rakyat: SST | Rakyat tak terbeban, peniaga tak ambil kesempatan?
Topic Berkaitan
#subsidi bersasar
#SST
#cukai perkhidmatan
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami