KUALA LUMPUR: Seramai 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup, perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman berkenaan dalam tempoh tiga bulan di Mahkamah Persekutuan, bermula hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
Beliau berkata pemfailan notis usul dan afidavit sokongan untuk permohonan semakan, kini akan dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia kepada mahkamah dan permohonan penyemakan hukuman itu, hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
"Permohonan semakan itu boleh dilakukan secara manual atau melalui sistem e-Filing kepada mahkamah dalam tempoh 90 hari, bermula tarikh kuat kuasa Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847), pada hari ini.
"Namun, mahkamah boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan semakan tertakluk kepada alasan munasabah," katanya semasa Taklimat Pelaksanaan Proses Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di sini hari ini.
Ramkarpal berkata banduan boleh memilih untuk mendapatkan peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah (bagi kes hukuman mati) atau peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (bagi kes pemenjaraan sepanjang hayat), untuk mengendalikan prosiding semakan.
"Kes di Sabah dan Sarawak akan dikendalikan oleh peguam di negeri berkenaan, manakala bagi banduan bukan warganegara, Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan perbincangan serta sesi libat urus bersama kedutaan dan konsulat berkaitan," katanya.
Ramkarpal berkata selepas pemfailan permohonan semakan itu dilakukan, penetapan tarikh dan pendengaran kes akan dibuat di hadapan panel hakim Mahkamah Persekutuan dan mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk mengekalkan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup atau menggantikannya dengan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
"Sekiranya mahkamah menolak permohonan semakan dan mengekalkan hukuman sedia ada, banduan masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan," katanya.
Ramkarpal berkata seramai 491 banduan tempatan dan 415 banduan bukan warganegara dikenakan hukuman mati mandatori, manakala bagi hukuman pemenjaraan seumur hidup membabitkan 82 banduan wargenagara dan 32 banduan bukan warganegara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Ramkarpal berkata pemfailan notis usul dan afidavit sokongan untuk permohonan semakan, kini akan dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia kepada mahkamah dan permohonan penyemakan hukuman itu, hanya boleh dilakukan sekali sahaja. - BERNAMA
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Daftar Pemilih Tambahan Februari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar pemilih tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 21 Mac ini.
Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan
Mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman berkenaan dalam tempoh tiga bulan di Mahkamah Persekutuan, bermula hari ini.
PRN: Bakal calon disaran buat semakan awal - SPR
Bakal-bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan.
Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2022 (DPT BLN10/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 12 Jan depan.
Keputusan SPMU 2022 dikeluarkan Khamis depan
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis depan (20 Okt).
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Menteri Kewangan Britain mohon semakan pengisytiharan kewangan
Beliau meminta supaya deklarasi menterinya dirujuk oleh Christopher Geidt, penasihat bebas mengenai kepentingan menteri.
Semakan tawaran ke sekolah khusus mulai 15 Mac
Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus Tahun 2022 boleh dibuat Selasa depan (15 Mac).