awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakan NHRAP untuk pacu lebih banyak pelaburan asing - Azalina

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/06/2023
15:07 MYT
Semakan NHRAP untuk pacu lebih banyak pelaburan asing - Azalina
Azalina berkata keupayaan menjamin hak asasi manusia terus dihormati akan membantu memacu kemasukan pelabur asing ke Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semakan terhadap Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) perlu dilakukan agar ia mampu menangani cabaran baharu semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keupayaan menjamin hak asasi manusia terus dihormati akan membantu memacu kemasukan pelabur asing ke Malaysia.
“Pada tahun 2018, kita mempunyai Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP). Pada tahun 2023, sudah tentu perlu ada semakan kepada rancangan tersebut. NHRAP ini sebenarnya satu rujukan yang boleh memberi bantuan kepada agensi-agensi terlibat dalam isu hak asasi.
“Contohnya dalam elemen pelabur asing. Pelabur-pelabur asing ini hanya akan melabur dalam negara yang menghormati hak asasi yang menyentuh mengenai hubungan dengan alam sekitar, pekerja, pekerja asing, gender dan perkauman
“Oleh yang demikian, sekiranya kita mahu negara luar melabur ke dalam Malaysia secara besar-besaran, isu hak asasi ini kita tidak boleh ketepikan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Ahad.
Azalina menjelaskan NHRAP merupakan sebahagian daripada ukuran kepada tahap komitmen Malaysia kepada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).
Ketika ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam proses Penilaian Dasar Kebangsaan atau National Baseline Assessment (NBA).
Semakan NHRAP untuk pacu lebih banyak pelaburan asing - Azalina
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Azalina Othman Said
#pelaburan
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan