awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin ramai majikan mahukan pekerja OKU

Bernama
Bernama
17/10/2017
09:42 MYT
Semakin ramai majikan mahukan pekerja OKU
Perwatakan golongan OKU dilihat lebih menghargai peluang pekerjaan yang diberikan majikan berbanding orang normal. - Gambar hiasan
Ramai majikan daripada sektor swasta mahupun kerajaan di negeri ini sudah semakin cenderung mengambil pekerja dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) berikutan golongan itu lebih komited dalam melaksanakan tugas mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Asiah Md Ariff berkata perwatakan golongan itu yang lebih menghargai peluang pekerjaan yang diberikan majikan berbanding orang normal juga menjadi antara sebab mengapa mereka semakin diingini dalam pasaran pekerjaan.
"Mereka ini jika diberi peluang akan memanfatkan sebaiknya dan setakat ini, kita tidak ada menerima laporan salah laku atau mereka dibuang sesudah memasuki alam pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Pekerjaan bagi OKU peringkat negeri di sini, hari ini.
Asiah berkata sejak 2010 hingga kini, seramai 622 OKU telah berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPK) yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi membolehkan golongan itu mencari pekerjaan.
Daripada jumlah itu, 129 OKU mendapat pekerjaan di Johor Bahru dalam sektor perhotelan, pasar raya dan kilang; 22 orang bekerja di Majlis Perbandaran Daerah dan selebihnya di sektor-sektor lain.
Katanya, menerusi YPK, OKU ini akan dibimbing oleh 'Job Coach' yang berperanan melengkapi mereka dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri termasuk bimbingan mengenai housekeeping, sebelum dipadankan dengan kekosongan di syarikat-syarikat terlibat.
Terdahulu, Menteri Besar Johor dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Asiah, menyeru semua pihak agar terus memberikan peluang dan ruang kepada golongan OKU ini untuk bersama-sama membangunkan Johor dan negara amnya.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika di negara maju, usaha-usaha ini sudah sebati dalam masyarakat mereka maka kini rakyat Johor dan Malaysia juga haruslah mengorak langkah yang sama untuk melaksanakannya.
"Pekerjaan merupakan satu elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara terutama dalam pembangunan sosioekonomi. Bahkan ia juga adalah kriteria untuk menuju sebuah negara maju yang berkait rapat dengan inklusiviti dalam aspek kehidupan.
"Oleh itu, kita tidak boleh mengesampingkan golongan OKU dalam mengupayakan diri mereka demi menjayakan misi Johor Berkemajuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asiah Md Ariff
#majikan
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan