awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat kebersamaan perkukuh perpaduan kaum - Fadillah

Bernama
Bernama
31/05/2025
08:37 MYT
Semangat kebersamaan perkukuh perpaduan kaum - Fadillah
Hari Gawai disambut di Sarawak pada 1 dan 2 Jun sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
KUALA LUMPUR: Semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum perlu dijadikan lambang kekuatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi catatan di Facebook sempena sambutan Hari Gawai, Fadillah berkata rakyat di negara ini bertuah kerana bebas meraikan perayaan kaum dan agama masing-masing dalam suasana aman harmoni.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai paling ramai suku etnik menjadi contoh terbaik keharmonian kaum di negara ini.
"Hargailah dan syukurilah selamanya keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini. Raikanlah Gawai dengan penuh kegembiraan melalui amalan tradisi dan budaya kunjung mengunjung.
"Gawai Dayak yang menjadi faktor penyatuan dan simbol identiti kaum Dayak adalah manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama, dan budaya," katanya.
Hari Gawai disambut di Sarawak pada 1 dan 2 Jun sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#Pesta Kaamatan
#Fadillah Yusof
#perpaduan kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami