KANGAR: Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
"Semangat kesukarelawanan dapat memupuk semangat saling tolong-menolong dan membantu, selain dapat mempertingkatkan lagi tindakan efisien ke arah kesejahteraan dan kelestarian kehidupan rakyat sejagat," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengurniakan 'Anugerah Mualaf Contoh 2023' daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seorang mualaf, Maisarah Abdullah atau nama lainnya Kingkan Panya, di Masjid Jannatul Naim, Beseri dekat Padang Besar baru-baru ini.
Maisarah yang merupakan pemegang ijazah dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris dari Universiti Chiang Mai, Thailand, menerima sumbangan RM1,000 dan juga cenderamata daripada MAIPs selain sijil.
"Ibu tunggal kepada empat orang anak ini berniaga beras pulut secara kecil-kecilan bagi menyara keluarganya dan terus mendalami dan mendapat bimbingan berkaitan agama Islam di PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) Perlis," menurut kenyataan itu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 140 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Paya dan Padang Lati, masing-masing menerima RM700.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Foto Sinar Harian

Nahas FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini
Lelaki berusia 45 tahun itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi.

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf
Menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Mekah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.

Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara
Aaron-Wooi Yik akan berhadapan rakan sepasukan, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

KP1M terus terap semangat kesukarelawanan kepada generasi muda - Abdul Azeez
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang wujud atas dasar menjadikan UMNO sebuah parti bersifat lebih inklusif, akan terus menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.