awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan individu ditahan berhubung mayat dalam kereta dibebaskan dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
13/09/2025
21:00 MYT
Sembilan individu ditahan berhubung mayat dalam kereta dibebaskan dengan jaminan polis
ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Ipoh. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta di Simpang Pulai minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata semua mereka termasuk seorang wanita dilepaskan sementara menunggu arahan lanjut pihak pendakwaan dengan siasatan masih diteruskan.
"Polis telah menahan reman semua suspek sejak Isnin dan hari ini, polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membebaskan mereka," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada 8 Sept, semua suspek berusia antara 30 hingga 70 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut dan kes menembak serta menikam seorang anggota polis.
Kejadian menyebabkan anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
#mayat dalam kereta
#polis ditembak
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan