awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan kes baharu positif COVID-19 di Sarawak, ini lima tumpuan sidang media JPBNS

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/07/2020
11:12 MYT
Sembilan kes baharu positif COVID-19 di Sarawak, ini lima tumpuan sidang media JPBNS
Antara tumpuan JPBN, semua warga Sarawak yang balik dari luar negara dan transit di Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah, Brunei atau Singapura diwajibkan menjalani kuarantin di destinasi terakhir selama 14 hari. -Gambar Arkib
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada hari ini memaklumkan terdapat sembilan kes positif COVID-19 di Sarawak melibatkan enam di daerah Kuching dan tiga di Samarahan.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keseluruhan kes setakat ini adalah 641 kes.
Berikut lima tumpuan yang dibawakan pada sidang media JPBN yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching pada Jumaat.
1. Sembilan kes positif COVID-19 dilaporkan pada Jumaat melibatkan enam di daerah Kuching dan tiga di Samarahan, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 641 kes.
2. Satu kes melibatkan pelajar perempuan dari Perth, Australia melalui saringan pesawat pelawat dari luar negara. Mangsa dilaporkan terbang ke Kuching pada 20 Julai melalui Kuala Lumpur.
3. Lapan kes dari kes pengesanan kontak kluster masih aktif. Kesemua kes dikesan melalui saringan ke atas semua kontak Kluster Sentosa. Semua yang terlibat merupakan petugas kesihatan fasiliti terbabit.
4. Semua warga Sarawak yang pulang dari luar negara dan transit di Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah, Brunei atau Singapura diwajibkan menjalani kuarantin di destinasi terakhir selama 14 hari.
5. JPBN Sarawak telah berbincang dengan pihak UNIMAS dan memutuskan bahawa kemasukan pelajar Program Pra-Universiti akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Australia
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Douglas Uggah Embas
#JPBNS
#Kuching
#Perth
#Samarahan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan