Skip to main content

Malaysia

Sembilan Sekolah Menengah Teknik kini di bawah BPSBP KPM, dijenamakan sebagai SBP teknikal

Melaka perlu menjadikan pencapaian yang baik dalam peperiksaan SPM tahun lalu sebagai batu loncatan untuk melangkah lebih jauh serta memperkasakan ekosistem pendidikan di negeri ini.  Itu antara saranan yang saya sampaikan sewaktu sesi bersama warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) kawasan Ayer Molek dan Pengkalan Batu di Melaka tengah hari tadi.  Kita baharu sahaja meluncurkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menjadi
Fadhlina berkata langkah berkenaan bukan sekadar satu perpindahan operasi biasa, sebaliknya satu langkah strategik yang dirancang dengan teliti bagi memartabatkan agenda TVET. - Gambar fail/Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR: Semua sembilan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara kini secara rasmi diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah berkenaan bukan sekadar satu perpindahan operasi biasa, sebaliknya satu langkah strategik yang dirancang dengan teliti bagi memartabatkan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata menerusi penstrukturan baharu itu, SMT kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T) yang memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi.

"Ini (inisiatif) sekali gus meletakkan status SBP-T setaraf dengan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Fadhlina turut menegaskan peranan SBP-T akan terus diperkasakan bagi memastikan institusi tersebut mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara pada masa hadapan.

Pengurusan SMT sebelum ini adalah di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV).

Penstrukturan berkenaan dijangka menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkat kualiti pendidikan teknikal, memperkukuh pembangunan bakat serta melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara pada masa hadapan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement