awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembunyi dadah dalam kepala lori, polis tumpas sindiket, rampas heroin RM34.1 juta

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/09/2021
13:38 MYT
Sembunyi dadah dalam kepala lori, polis tumpas sindiket, rampas heroin RM34.1 juta
Razarudin berkata, pasukannya berjaya merampas sebanyak 1,000 keping 'heroine base' seberat 367.71 kilogram (kg). - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dan merampas heroin bernilai RM34.1 juta dalam serbuan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, baru-baru ini.
Dalam serbuan di enam lokasi pada 3 September lalu, seramai 11 lelaki termasuk dalang sindiket berumur 42 tahun ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain berkata, pasukannya berjaya merampas sebanyak 1,000 keping 'heroine base' seberat 367.71 kilogram (kg) yang sebahagiannya disembunyikan dalam kepala lori di sebuah kawasan perindustrian di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.
"Berdasarkan siasatan, kita percaya dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran dan sindiket menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi transit bekalan sebelum diedar ke negeri lain.
"Siasatan mendapati sindiket terbabit aktif melakukan kegiatan penyeludupan sejak lebih setahun lalu," katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.
Selain dadah, katanya polis turut menyita lima buah kenderaan mewah, sejumlah barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan hampir RM2 juta.
Katanya, ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
"Semakan mendapati lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Kesemua suspek berumur 22 hingga 58 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 4 September hingga 10 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Dadah
#heroin
#Razarudin Hussain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan