NATIONAL
Sembur cat merah pada monyet, pemilik dusun durian dikecam

Kejadian tersebut berlaku di lokasi yang tidak dikenal pasti dan apa yang menyedihkan ialah tindakan pemilik dusun itu yang menzalimi haiwan tersebut hanya kerana mencuri buah durian. - Foto media sosial
TULAR di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video yang menunjukkan seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat pada buah durian oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik kebun durian tersebut.
Sumber mendakwa monyet tersebut ditangkap dan diperlakukan sedemikian kerana dikatakan telah mencuri buah durian di dusun berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku di lokasi yang tidak dikenal pasti dan apa yang menyedihkan ialah tindakan pemilik dusun itu yang menzalimi haiwan tersebut hanya kerana mencuri buah durian.
Video yang tular itu juga memaparkan pemilik kebun itu memarahi haiwan berkenaan kerana berang dengan perbuatan haiwan itu.
Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakan pemilik kebun yang dianggap terlalu menzalimi haiwan tersebut.

Antara komen dari netizen yang menyelar tindakan pemilik dusun berkenaan
Katanya, ia bukan untuk menzalimi haiwan tersebut, tetapi lebih kepada amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang lama.
“Aku takda komen tentang bab ni, tapi rasanya ini cara orang dulu-dulu nak haling beruk-beruk ini datang dan merosakkan buah terutamanya yang muda.
“Masing-masing ada cara tersendiri nak jaga hasil kebun masing-masing. Pemilik dusun ini pun buat jerat, sembur warna dan lepaskan semula, cuma yang silapnya dia merakam video dan memuatnaik video ini dalam media sosial,” tulis Muhammad Nazmi di ruangan komen.

Komen beberapa individu yang menerangkan tindakan pemilik kebun itu bertindak sedemikian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami