awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semoga yang melompat... insaf! - Bung Moktar sokong RUU dibentang akhir Mei

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/04/2022
06:25 MYT
Semoga yang melompat... insaf! - Bung Moktar sokong RUU dibentang akhir Mei
Bung Moktar berkata sebagai wakil rakyat, seseorang itu seharusnya berani dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk berdepan kekalahan dalam pilihan raya - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong cadangan blok pembangkang agar Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentangkan selewat-lewatnya akhir Mei ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah, RUU itu juga perlu dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum diadakan.
Ini kerana katanya, tindakan melompat parti adalah perbuatan khianat, tidak bermaruah serta tidak berintegriti walaupun ia dilakukan secara sukarela ataupun dipaksa.
"Itu penipuan dan pembohongan semata-mata, mereka melompat kerana kepentingan diri sendiri untuk mendapat jawatan, kuasa dan sebagainya," katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata sebagai wakil rakyat, seseorang itu seharusnya berani dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk berdepan kekalahan dalam pilihan raya.
"Kita masuk politik, kaki sebelah kita sudah hampir masuk penjara, diri kita 80 peratus didedahkan kepada fitnah, tohmahan, dan sebagainya. Jadi kita mesti bersedia dan kenapa perlu risau? Kalah, kalah lah... hormati (parti) yang menang.
"... yang aneh pula hari ini banyak yang lompat parti berbahas. Saya harap mudah-mudahan mereka ada keinsafan sebab (akibat) perbuatan merekalah negara ini kucar-kacir dan malu di peringkat antarabangsa," sindir Bung Moktar lagi.
Beliau dalam masa yang sama berkata, pemimpin yang berdepan perbicaraan di mahkamah juga perlu menghadapi perkara itu tanpa mencari 'usaha' untuk melompat parti.
Topic Berkaitan
#RUU Lompat Parti
#Politik Malaysia
#Kluster Mahkamah
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan