awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM buka kertas siasatan tatakelola, kesan kelemahan pengurusan e-waste
Salji tebal perangkap kenderaan, penduduk terkandas di Rusia
Ghislaine Maxwell akan beri keterangan kepada Kongres AS dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan negara perlu dibuka segera, SOP ketat bantu pulih sektor pelancongan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/04/2021
04:55 MYT
Sempadan negara perlu dibuka segera, SOP ketat bantu pulih sektor pelancongan
Pembukaan sempadan negara perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan Malaysia memerlukan pasaran antarabangsa untuk memulihkan sektor pelancongan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pembukaan sempadan negara perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan Malaysia memerlukan pasaran antarabangsa untuk memulihkan sektor pelancongan.
Justeru, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat perlu disediakan dalam usaha untuk membuka sempadan negara bagi merancakkan semula sektor tersebut.
Katanya lagi, SOP gelembung pelancongan juga perlu diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri untuk memastikan mereka lebih bersedia apabila pembukaan sempadan negara dibenarkan.
“Kita lihat negara-negara lain seperti Dubai, mereka meneruskan niat untuk mengadakan World Expo dan Jepun juga meneruskan niat mereka untuk mengadakan Sukan Olimpik pada tahun ini. Itu adalah hala tuju mereka di peringkat global.
“Saya lihat semua negara telah bersedia untuk membuka sempadan dan kalau lihat Amerika syarikat pun, mereka membuka dan mengadakan satu polisi untuk membuka (sempadan). Kita kena belajar untuk hidup dengan virus ini,” katanya dalam sidang media bantuan kepada pemandu bas pelancongan, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Uzaidi berkata pihaknya telah mengadakan beberapa siri libat urus dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membincangkan hala tuju tersebut.
Tambah beliau, kepelbagaian produk pelancongan yang dimiliki negara mampu menarik pelancong luar.
“Kementerian pun memberi satu had untuk mereka membuka sempadan sebab ini bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara dan MOTAC mencuba sedaya upaya untuk membantu kita. Paling senang sekali adalah kita mahu membuka sempadan, dan apabila ia sudah dibuka, insya-Allah industri akan terus hidup,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, pemain-pemain industri boleh memainkan peranan untuk memasarkan sektor hartanah Malaysia ke luar negara bagi menarik pelabur asing.
Setakat ini, kerajaan hanya membenarkan aktiviti pelancongan membabitkan antara negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan menggunakan green travel bubble.
Menerusi inisiatif tersebut, pergerakan dari mukim, daerah dan negeri berstatus hijau ke lokasi lain yang juga zon hijau dibenarkan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#SOP
#Majlis Keselamatan Negara
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#travel bubble
#sektor pelancongan
#Sempadan Negara
#Majlis Pelancongan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan