awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan perairan negara: APMM perhebat kawalan ketat

Petrus Bernard
Petrus Bernard
07/02/2021
02:18 MYT
Sempadan perairan negara: APMM perhebat kawalan ketat
Sepanjang tahun 2020, pasukan Zon Maritim Tawau telah membuat sebanyak 32 tangkapan ke atas pelbagai kesalahan. - Astro AWANI
TAWAU:Kawasan perairan sempadan tanah air antara Malaysia dan Indonesia, di kawasan Mentadak, Pulau Sebatik, berkeluasan 442 batu nautika, yang mempunyai banyak lorong tikus, memberi cabaran besar kepada pasukan keselamatan negara.
Namun kedaulatan negara harus dipertahankan dari terus dibolosi oleh pencoroboh dan kawalan sempadan perairan negara semakin dipertingkatkan melalui pelaksanaan Op Cegah PATI COVID-19, sejak April 2020.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Tawau, antara pasukan keselamatan yang terlibat langsung bersama ESSCOM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasalam, sepanjang tahun 2020, pasukannya berjaya mengekang aktivit penyeludupan dan cubaan individu memasuki negara ini secara haram.
“Sepanjang tahun 2020, pasukan Zon Maritim Tawau telah membuat sebanyak 32 tangkapan ke atas pelbagai kesalahan dan juga sebanyak 10,424 pemeriksaan dijalankan.
“Antara tangkapan profil tinggi melibatkan dadah jenis syabu seberat 17 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM1.5 juta,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Ujar Siva Kumar, pihaknya juga berjaya merampas nilai barangan hampir RM3 juta.
Bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Kapal KM Pintar APMM juga diletakkan setiap hari selama 24 jam berhampiran sempadan perairan untuk menghalang kemasukan PATI melalui jalan laut bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sebanyak 10 buah bot pasukan keselamatan pelbagai agensi seperti APMM, PPM, ESSCOM dan TLDM dikerahkan dalam tugasan itu selama 24 jam setiap hari.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#APMM
#TLDM
#SOP
#Indonesia
#Semporna
#Filipina
#Tawau
#polis
#jenayah
#Dadah
#operasi
#bot
#COVID-19
#PKP
#tentera
#sempadan
#lorong tikus
#bolos
#penyeludupan
#Siva Kumar Vengadasalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan