awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempat jamah biskut selepas curi duit surau

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2022
22:15 MYT
Sempat jamah biskut selepas curi duit surau
Halim menunjukkan almari bendahari di bilik mesyuarat surau itu terbuka selepas digeledah pencuri pada Khamis. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BESAR: Penjenayah yang memecah masuk Surau Ad Diniah Jalan Abu Samah di sini bukan sahaja mencuri wang RM100, sebaliknya sempat menjamu selera di dalam surau sebelum bertindak melarikan diri.
Timbalan Pengerusi Surau Ad Diniah Jalan Abu Samah Sungai Besar, Dr Halim Arifin berkata, kejadian disedarinya pada jam 5.40 pagi Khamis semasa ke surau itu untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Menurutnya, sebaik memasuki surau itu, dia terkejut selepas mendapati biskut bersepah di atas lantai manakala penyaman udara dibiarkan terbuka di ruang rehat surau.
"Saya dapati terdapat sisa biskut yang ditinggalkan dan setelah ke ruang muslimah saya dapati pencuri memecahkan kunci peti tabung derma," katanya pada Khamis.
Bagaimanapun Halim berkata, dua peti tabung dipecah itu tidak mempunyai wang hingga menyebabkan beberapa barangan di dalam surau digeledah pencuri.
"Saya kemudian memeriksa almari bendahari di bilik mesyuarat dan terkejut apabila wang RM100 dilesapkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Katanya, pencuri juga licik kerana melarikan kotak perakam selain membuka tingkap surau bagi memudahkannya melarikan diri sekiranya kegiatannya itu dihidu pihak lain.
Ujarnya lagi, kejadian itu kali kedua berlaku dalam tempoh dua tahun selepas surau itu mengalami kerugian RM5,000 setelah dipecah masuk penjenayah.
"Kami harap perkara ini tidak berulang terutama di bulan Ramadan mulia ini dan bagi mengelakkan kejadian daripada terus berulang kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besar kira-kira jam 9.30 pagi Khamis," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#sempat jamah biskut
#tabung surau
#Surau Ad Diniah
#Halim Arifin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan