awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sempat menikmati hidangan ubi rebus sebelum hilang'

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2022
02:00 MYT
'Sempat menikmati hidangan ubi rebus sebelum hilang'
Menurut polis, Zakaria dikatakan pergi bersendirian ke kawasan tali air di Kampung Fikri, Setiu, petang semalam, untuk menangkap ikan. - Astro AWANI
SETIU: Bekas imam masjid yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di tali air Kampung Fikri, di sini, semalam, sempat menjamah hidangan ubi rebus sebelum kejadian.
Menurut adik mangsa, Che Marlina Abdul Ghani, 48 tahun, abangnya Zakaria Mohd Nong dikatakan keluar untuk menjala ikan selepas waktu Asar.
Jelasnya, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa Zakaria selepas menerima panggilan daripada penduduk kampung.
"Dalam kira-kira pukul 6 lebih, ada orang tengok dia turun, sebab jalanya lekat di culvert.
"Mungkin masa dia turun itu, dia tergelincir tepi culvert itu, dan termasuk ke dalamnya, sebab masa itu air tengah berpusar laju," katanya yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima berita tersebut.
Che Marlina berharap operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar dan abang sulungnya itu segera ditemui.
BACA: Bekas imam masjid hilang, dikhuatiri lemas ketika menjala ikan
Pada Isnin, Zakaria dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menjala ikan.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata, mangsa dikatakan bersendirian ke kawasan itu untuk menangkap ikan.
Topic Berkaitan
#bekas imam masjid
#hilang
#lemas
#menjala ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan