awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka siasatan terhadap chatbot AI Grok susulan imej berunsur seksual
PM Jepun ikrar letak jawatan jika LDP dan rakan pakatannya tewas dalam pilihan raya
N.Sembilan berpotensi jadi hab utama data dengan pembinaan Kampus Pusat Data Hijau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semporna dan Lahad Datu tenang selepas serangan hendap

Bernama
Bernama
03/03/2013
23:02 MYT
Semporna dan Lahad Datu tenang selepas serangan hendap
Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sini kelihatan tenang selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, semalam.
Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut.
Tinjauan mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis.
Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa.
Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.
Dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh dari wilayah selatan Filipina yang dikepung sejak 9 Feb lepas, menyebabkan dua anggota polis dan 12 anggota kumpulan itu terbunuh.
Topic Berkaitan
#Kampung Sri Jaya
#Semporna
#tenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan