Berkuatkuasa hari ini, semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.
"Bagaimanapun penamaan kepada Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja.
Dengan langkah penamaan kepada kolej ini diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dengan cemerlang di Tingkatan Enam ini," katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di sini, Ahad.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdullah Mad Yunus dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sofaruddin Ismail,
Katanya pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.
Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.
Mahdzir berkata selain itu Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran prauniversiti yang kondusif.
Beliau berkata pada 2020, Kolej Tingkatan Enam itu dijangka bertambah sebanyak 44 buah, pusat Tingkatan Enam Mod 2 (91 buah) dan Mod 3 (384 buah).
Sementara itu Mahdzir berkata Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri ini juga nanti akan dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam Kulim yang kini mempunyai hampir 600 pelajar Tingkatan Enam.
Ketika berucap, beliau mahu pelajar menjadi insan yang berjaya dan mampu membawa negara ke era yang lebih gemilang.
"Kita tidak mahu ada politik kebencian dan tidak membenarkan rasis perkauman dan kementerian mahukan mereka berjaya pada masa hadapan," katanya.
Bernama
Sun May 22 2016
MAHDZIR: Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja. - Foto Bernama
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
Tiga lagi dibina Sabah dorong amalan kualiti hidup sihat
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kerajaan Negeri komited sediakan kemudahan asas kepada rakyat
Kerajaan Sabah komited menyediakan kemudahan asas kepada rakyat khususnya di luar bandar supaya penduduk di kawasan itu juga dapat menikmati kemajuan dan pembangunan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
DBKU komited kekalkan bandar bersih, indah & selamat
Menginstitusikan bandar raya sifar sampah juga antara komitmen yang sedang diusahakan DBKU bagi memastikan bandar raya itu kekal bersih, indah dan selamat.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengiktirafan Kuching bandar bersih perlu disambut komuniti
Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri Sarawak dalam memastikan bandaraya Kuching mencapai status sifar karbon.
Tiga ADUN PSB ditukar ke blok kerajaan
Tiga Adun bekas pemimpin Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan ditukar kedudukan daripada blok pembangkang ke blok kerajaan dalam persidangan DUN Sarawak bermula Isnin depan.
Gugurkan perkataan 'negeri' apabila merujuk kepada Sarawak
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada sabtu mencadangkan kepada kabinet Sarawak untuk menggugurkan perkataan ‘negeri’ apabila merujuk kepada wilayah berkenaan, terutama ketika menggubal perlembagaannya.
Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lima kilogram dadah bernilai RM177,120.60 di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama Tawau pada Selasa lalu.
Semua 10 pusat Tingkatan 6 Mod 1 kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan 6
Usaha kementerian itu bertujuan memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.