Semua 139 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata mereka adalah antara 160 ahli Parlimen yang telah menyerahkan borang akuan itu selain BN seramai tiga orang, GPS (14); PSB, PBRS dan PBS masing-masing satu.
Sementara seramai 62 ahli Parlimen lagi belum berbuat demikian iaitu BN 38 orang, PAS (18), GPS (tiga), STAR (satu) dan bebas dua.
"Rekod saya menunjukkan semua ahli Parlimen PH telah mengisytiharkan harta mereka kepada Speaker Dewan Rakyat dengan satu salinan pengisytiharan telah diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bermakna selebihnya daripada GPS, PAS dan rekod menunjukkan satu atau dua dari BN yang telah memfailkan pengisytiharan mereka," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun dalam tempoh tiga bulan sebelum ia dilanjutkan pada 5 Dis.
Di bawah Perintah Parlimen juga, ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan sekiranya tidak berbuat demikian.
Dalam pada itu Liew berkata kelewatan penyerahan borang akuan pengisytiharan harta hanya dibenarkan kepada ahli Parlimen yang telah meminta kebenaran daripada pihak Speaker Dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019

LIEW: Rekod saya menunjukkan semua ahli Parlimen PH telah mengisytiharkan harta mereka kepada Speaker Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy
Khairy memandang serius isu memotong giliran senarai penerima vaksin dan meminta orang ramai terus mengemukakan aduan kepadanya.

PKPD di asrama pekerja di Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok
Asrama pekerja Imperial Garments di Flat Anjung Tawas Damai, Perak, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula esok.

Kes COVID-19 cecah 300,000 di Malaysia, 2,437 kes baharu dilaporkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,437 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad.

28 Februari 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta.

Vaksin COVID-19 | Pulau Pinang terima 62,000 dos
Pulau Pinang bakal menerima 62,000 dos vaksin dalam masa terdekat selepas menerima 16,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, lima kotak penghantaran yang diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama yang perlu disuntik dalam tempoh 21 hari.

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan
Daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

Telur, ikan antara makanan terbaik buat anak makin bijak! Baca tip ini
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar.

Polis Labuan buka kertas siasatan, bantah laungan azan
Ia berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.

Semua ahli Parlimen PH telah isytihar harta - Liew
Semua 139 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan borang akuan pengisytiharan harta kepada Dewan Rakyat setelah tempoh berbuat demikian berakhir hari ini.