awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua gereja di Sarawak dibuka semula bermula 10 Oktober ini

Alisa Spencer
Alisa Spencer
06/10/2021
08:54 MYT
Semua gereja di Sarawak dibuka semula bermula 10 Oktober ini
Penganut kristian yang ingin mengikuti upacara sembahyang pada setiap Ahad disarankan untuk melakukan pra pendaftaran secara atas talian bagi memastikan kapasiti penganut pada jumlah yang dihadkan.-Foto Astro AWANI
KUCHING: Semua gereja di seluruh negeri Sarawak kembali dibuka untuk upacara sembahyang, bermula 10 Oktober ini.
Menurut Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei, Reverend Datuk Danald Jute, pihaknya akan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mengalu-alukan jemaah beribadah pada Fasa 3, Pelan Pemulihan Nasional (PPN) di Sarawak.
“Ia merupakan tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan jemaah yang datang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan antaranya menghadkan jumlah jemaah yang datang ke gereja.
Selain itu, ahli gereja juga akan memastikan para jemaah yang datang ke gereja bagi upacara sembahyang telah lengkap dua dos vaksinasi dan mengemaskini aplikasi MySejahtera mereka”, katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Ujarnya lagi, jemaah yang ingin mengikuti upacara sembahyang pada setiap hari Ahad juga disarankan untuk melakukan pra pendaftaran secara atas talian bagi memastikan kapasiti penganut pada jumlah yang dihadkan.
Bagaimanapun, pihaknya juga akan meneruskan upacara sembahyang secara atas talian bagi mereka yang memilih untuk mengikuti upacara sembahyang di rumah.
“Kita masih akan meneruskan upacara sembahyang secara atas talian, ini bagi memberi pilihan kepada jemaah sekiranya mereka memilih untuk melakukan ibadah dirumah secara lebih selamat”, tambahnya.
Untuk rekod, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak telah memberi kebenaran untuk gereja di seluruh negeri itu dibuka kembali dalam Fasa 3 PPN.
Topic Berkaitan
#gereja
#Sarawak
#COVID-19
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan